|
|
 |
|
PENGENALAN PENUBUHAN
|
 |

|
| LOGO BARU JKM |
Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKMM) telah ditubuhkan dalam tahun 1946.
Di dalam jangkamasa 57 tahun, JKMM telah mengalami evolusi dalam memenuhi peranannya di dalam pembangunan negara. Bermula
dengan penglibatan menangani pelbagai masalah yang timbul akibat Perang Dunia Kedua, peranan dan fungsi Jabatan ini telah
berkembang kepada perkhidmatan pencegahan dan pemulihan dalam isu-isu sosial serta pembangunan masyarakat. Sebagai salah satu
agensi kerajaan yang memainkan peranan penting dalam pembangunan sosial, ia telah di tempatkan di bawah beberapa Kementerian:
1946 - 1951
Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaya
1952 - 1955
Kementerian Perusahaan dan Perhubungan
Sosial
1956 - 1957
Kementerian Kesihatan dan Kebajikan Masyarakat
1958 - 1959
Kementerian
Buruh dan Kebajikan Masyarakat
1960 - 1962
Kementerian Kesihatan dan Kebajikan Masyarakat
1963
Kementerian
Buruh dan Kebajikan Masyarakat
1964
Jabatan Kebajikan Masyarakat telah dipertingkatkan kepada Kementerian
Kebajikan Am. Skop perkhidmatan diperluaskan dan struktur organisasi dimantapkan.
1982
Kementerian Kebajikan
Am ditukarkan nama kepada Kementerian Kebajikan Masyarakat Malaysia. Perkhidmatan pembangunan sosial diperkukuhkan dengan
pengwujudan perkhidmatan perkembangan sosial.
1990
Kementerian Kebajikan Masyarakat Malaysia ditukarkan kepada
Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat mulai 27 Oktober. Jabatan Kebajikan Masyarakat merupakan salah satu
Jabatan di bawah Kementerian tersebut.
Kini JKMM adalah salah satu jabatan kerajaan yang memainkan peranan penting
dalam pembangunan sosial ke arah mewujudkan masyarakat penyayang dan masyarakat maju selaras dengan Wawasan 2020.
2004
Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat telah digabungkan dengan Kementerian Pembangunan Wanita dan
Keluarga dengan nama Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Jabatan Kebajikan Masyarakat merupakan salah
satu Jabatan di bawah Kementerian tersebut.
|
 |
|
|
|
 |
|
|
|
PEJABAT KEBAJIKAN MASYARAKAT DAERAH
MELAKA TENGAH,
ARAS 3, WISMA NEGERI,
JALAN WISMA NEGERI, AYER KEROH,
75450, MELAKA
TELEFON:
TALIAN TERUS / FAX : 06-2324721
PEJABAT (AM) : 06-2318867 / 06-2324797
|
|
|
 |